Morning semua....
These morning masa perjalanan nak g opis dengar la radio SuriaFM. eeeeemm...topik ari ni "Pengorbanan Seorang Bapa"..
Aduh tersentuh ati ni bila teringatkan abah ke yg telah lama meniggalkan ku.............
Aku masih teringat bagaimana abah membesarkan aku seorang diri...ibu pergi dulu mengadap ilahi, masa tu umur ku baru jer 9 thn. Abah seorg peniaga kedai runcit....so ari2 abah akan kuar umah pukul 6.40 untuk buka kedai dan blk keumah semula pukul 6 ptg....Makan minum ku semua diuruskan oleh kakak yg berumur 17 thn.So bermula la hidup berdikari ku. Abah bukan jenis org yg suka menunjukkan kasih sayang ye...Abah tergolong org yg sgt garang. Tgk muka dia pun dah takut. Bayangkan la bila ari cuti......pg kan byk kartun...apa lg kami semua pakat tgk kartun...tp bila terdengar bunyi motosikal abah dr jauh semua berlari keluar untuk sapu sampah ke or kemas umah ke......Abah cukup x suka anak2 yer duduk tgk TV je di waktu pg. kekadang kami disuruh jg kedai klu perkerja2 abah cuti. Tp 2 lepas permergian ibu kami dikejutkan dengan berita yg paling meyedihkan abah mengalami masalah buah pingang,kecing manis dan darah tinggi yg kronik ia berlarutan sehingga la 4 thn.... blh dikatakan ospital adalah umah kedua bg abah...tanggal 15 OCTOBER 1995 abah pergi jua..
Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang takbertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini semoga
Allah memberkati kehidupan ayah ibu
Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Abu Ayah
Walaupun waktu untuk kita bersama terlalu pendek
Tapi segala pengorbananmu
tidak mungkin terbalas oleh ku
Kau mengajar ku erti kesabaran, kehidupan
Tanpa merasa jemu
Kasih sayangmu sungguh bernilai itulah harta yang kau berikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment