Friday, May 28, 2010

Mood down now>>>>>>>>>>>>

I don't know how to say...but I'm very sad now...........Bila dalam keadan mcm ni aku selalu terfikir kenapa la aku ni dilahirkan hanya untuk menyusahkan orang lain. Kalau dulu aku dok menumpang umah kakak ku....orang bagi belajar tapi tak bersungguh2.Akhir nyer keje pun guna keputusan SPM jer, Diploma aku langsung tak berguna sebab pointer rendah.Bukan aku tak de kerjaya sendiri tp?????????? Kenapa aku tak boleh hidup berdikari macam orang lain????????

Fikiran ku serabut sangat sekarang ni macam2 yang bermain difikiran ku...harapan ku hanya semoga allah berikan aku kekuatan untuk melalui semua dugaan ini. Ahhh sukar nyer nak memahami perasan orang lain. Kekadang aku rasa dia ok jer tapi kekadang aku rasa tak ok pulak. Apa pun Azam ku selepas jer melahirkan anak ketiga ni aku akan berubah menjadi seorang yang boleh hidup berdikari tanpa bantuan suami ku. Menjadi isteri yang lebih baik dalam erti kata boleh buat semua nyer dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri. Aku tak mahu menjadi penghalang kepada cita-cita dia. Semoga allah membantu ku kearah semua itu.

Lagi satu yang selau bermain difikiran ku ialah dengan MIL ku..Ishk......susah betul la nak memahami hati dia,lagi la nak mengambil hati nyer. Dekat 6 tahun usia perkahwinan aku tp still aku tak blh nak mengambil hati dia. Tak tua la nak buat macamana. Dimana yang salah aku pn tak pasti.....kekaadang rasa macam ok jer tapi kekadang macam tak ok....ahhh malas nak fikir tp tak fikir bila aku dalam keadaan terdesak nak mintak tolong dia gak jaga anak aku....Sakit kepala bila fikirkan semua masalah ni...nak mengadu pada siapa???emak abah dah lama meninggalkan aku.Airmata jer la menjadi peneman hidup ku yang paling setia...Semoga ku akan dapat petunjuk dari nyer dalam menghadapi semua masalah ni.

KATA2 HIKMAH YANG KU PEGANG DALAM HIDUP KU DARI DULU DAN SEKARANG

1) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

2) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

3) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

4) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

5) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

6) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

No comments: